Gaji Penjawat Awam 2024: Jadual Tarikh Baca & Bonus

Gaji penjawat awam 2024 mengalami perubahan setiap tahun. Lebih-lebih lagi kerajaan baru sahaja mengumumkan pemberian insentif awal RM2000 untuk penjawat awam.

Khusus untuk semua penjawat awam di luar sana, jom kita semak tangga gaji terbaru bagi tahun 2024 ini.

Baca juga:

Peraturan Pembayaran Emolumen 20224

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan dan memberi panduan kepada
Kementerian/Jabatan berkaitan:

1.1 Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024; dan

1.2 Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara
pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan
emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti di Lampiran 1
yang ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.4(12) bertarikh 1 November 2023: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024.

Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran
Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ).

3.1.1 Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) yang diterima daripada Pusat Pembayar Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

3.1.2 Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemaskini dan diproses secara berasingan (Late Cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut.

3.1.3 Menyemak maklumat dalam laporan Fail Induk Gaji sebaik sahaja ePenyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu.

Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam laporan Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:
(1) Butiran peribadi;
(2) Nombor akaun bank; dan
(3) Nombor rujukan:
(i) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
(ii) Cukai Pendapatan;
(iii) Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya;

3.1.4 Memastikan semua arahan bagi potongan emolumen adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baru dan nombor rujukan potongan.

3.1.5 Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran emolumen melalui Arahan Pembayaran bagi keskes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.

3.2 Tanggungjawab Pejabat Perakaunan

3.2.1 Menetapkan tarikh pemprosesan larian emolumen bulanan untuk dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ)

3.2.2 Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui Arahan Pembayaran boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan.

3.2.3 Selaras dengan AP105(a) yang berkuat kuasa, pembayaran emolumen bagi bulan Februari, Mei, Julai dan Ogos 2024 akan dibuat pada hari Jumaat. Sehubungan itu, Pejabat Perakaunan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor hendaklah memantau pengurusan bayaran emolumen pada hari berkenaan.

3.3 Tanggungjawab Pegawai Awam Pegawai Awam (pemilik akaun) hendaklah merujuk kepada bank masing-masing sekiranya terdapat sekatan ke atas pembayaran emolumen di akaun bank pegawai yang mempunyai pembiayaan pinjaman dari bank berkenaan yang mana sekatan adalah tertakluk kepada terma perjanjian yang telah dimerterai di antara pegawai dan bank tersebut.

3.4 Pembayaran Emolumen Bagi Pekerja Bergaji Hari

3.4.1 Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya; dan

3.4.2 Tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.

Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh
dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya.
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan. (2 November 2023)

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

Tarikh bayaran gaji penjawat awam 2024

Berikut adalah jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2024:

BulanTarikhHariCatatan
Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis)
Februari23.02.2024JumaatTahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 – (Sabtu & Ahad)
Mac25.03.2024Isnin
April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei24.05.2024JumaaHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun13.06.2024KhamisHari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)

Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
Julai19.07.2024Jumaat
Ogos23.08.2024Jumaat
September25.09.2024Rabu
Oktober24.10.2024KhamisHari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis)
November25.11.2024Isnin
Disember19.12.2024KhamisHari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu)

Belanjawan 2024: Insentif Penjawat Awam

  • Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak terima Bayaran Insentif Awal RM2,000, dibayar akhir Februari 2024
  • Pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen terima Bayaran Insentif Awal RM1,000, dibayar akhir Februari 2024
  • Memperluas Kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi untuk meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak
  • Bersetuju supaya had siling gaji bagi Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta RM1.6juta
  • Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012. Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sedang giat dibuat untuk meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan

Kenaikan gaji tahunan

Kenaikan gaji tahunan adalah kenaikan gaji bagi setiap penjawat awam mengikut gred skim perkhidmatan.

Seperti yang anda tahu, setiap tahun akan ada kenaikan gaji tahunan berdasarkan kepada prestasi dan rekod.

Setiap gaji minimum dan maksimum yang ditetapkan adalah mengikut kepada skim perkhidmatan dan taraf pendidikan seperti PMR, SPM, Diploma dan Ijazah.

Kenaikan gaji ini terbahagi kepada 3 kumpulan. Berikut adalah kadar kenaikan gaji penjawat awam:

Kumpulan MengikutGredKadar (%)
Pengurusan Tertinggi– KSN Turus 1 dan setaraf
– Turus 2, Turus 3 dan setaraf
– Utama A,B,C dan setaraf
-7
-8
-9
Pengurusan dan Professional41 hingga 54 dan setaraf13
Pelaksana1 hingga 40 dan setaraf13

Pemberian peningkatan gaji ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat sedia ada dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 dan pekeliling perkhidmatan atau peraturan-peraturan berkaitan lain yang berkuat kuasa.

Pegawai yang layak terima kenaikan gaji tahunan adalah seperti:

  • Pegawai tetap, sementara, kontrak (Contract of Service) & Guru Sandaran.
  • Pegawai dipinjam / ditukar sementara ke agensi Kerajaan atau pertubuhan antarabangsa/ swasta, kenaikan gaji dilaksanakan mengikut gred gaji jawatan peminjaman atau pertukaran sementara. Gaji hakiki pegawai berkenaan hendaklah diselaraskan secara isyarat oleh Ketua Jabatan.
  • Pegawai yang cuti bergaji penuh, kenaikan gaji dilaksanakan atas gaji hakiki yang diterima
  • Pegawai yang cuti separuh gaji, kenaikan gaji dilaksanakan atas gaji hakiki dan pegawai dibayar separuh daripada gaji baru.
  • Pegawai yang cuti tanpa gaji, kenaikan gaji hendaklah dilaksanakan secara isyarat atas gaji hakiki dan pegawai dibayar gaji setelah mengambil kira gaji baru yang telah diselaraskan apabila kembali bertugas.
  • Pegawai yang meninggal dunia pada/ selepas 1 Januari 2012.
  • Pegawai di bawah saraan JKK 1976 dan SSB.

Untuk mengetahui makumat lanjut mengenai gaji penjawat awam, layari Jabatan Perkhidmatan Awam 

Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *