My Kasih 2024: Semak Kelayakan & Cara Membuat Permohonan

Bagaimanakah cara mendapatkan bantuan dari My Kasih dan bagaimanakah pula proses ia berfungsi untuk menyalurkan bantuan kepada orang miskin?

Bagi anda yang berminat untuk tahu lebih lanjut, jom kami kongsikan cara untuk memohon dan membuat pendaftaran dalam portal ini.

Baca juga:

Apa itu My Kasih Foundation?

My Kasih

My Kasih Foundation adalah sebuah pertubuhan NGO tempatan yang diasaskan pada tahun 2009 lagi oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean demi membantu keluarga dan pelajar yang miskin.

Mereka dikenal dengan program berimpak besar seperti ‘Love My Neighbourhood’ dan skim dermasiswa pelajar ‘Love My School’ untuk menyalurkan bantuan kepada penerima sasaran secara tanpa tunai menggunakan teknologi proprietari.

Pengagihan bantuan akan dilakukan melalui penggunaan Mykad (kad pengenalan berasaskan cip yang dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia) atau kad pintar, yang membolehkan mereka mengagihkan bantuan dengan cara yang cekap, telus dan selamat, tanpa sebarang ketirisan.

My Kasih

Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.

Dikatakan My Kasih terdapat lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Cara menggunakan My Kasih

Individu yang dipilih oleh My Kasih boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.

Anda boleh melakukan pembelian dengan hanya menyerahkan MyKad kerana bantuan cashless tersebut hanya boleh disalurkan melalui kad anda.

Cara mendaftar My Kasih

Mana-mana individu yang ingin menerima bantuan ini perlu berdaftar dengan Bantuan Subangan Tunai Rahmah (STR). Atau boleh juga mendaftar dengan e-Kasih sekiranya anda mempunyai pendapatan yang rendah.

Berikut adalah cara untuk mendaftar STR:

  1. Layari laman sesawang rasmi STR 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik “Permohonan Baharu” bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Isikan dengan lengkap dan betul maklumat peribadi anda di setiap bahagian. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  4. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik “Sahkan Captcha”
  5. Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  6. Klik “Hantar” bagi meneruskan permohonan.
  7. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan melihat paparan “Permohonan telah berjaya dihantar”.
  8. Anda boleh klik “Cetak” sekiranya anda ingin mendapatkan Cetakan Salinan permohonan.

Cara semak kelayakan status

Individu yang mendapat bantuan SARA di semenanjung Malaysia, boleh membuat semakan status melalui My Kasih seperti berikut:

  1. Layari laman rasmi MyKasih : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik “Semak Status”
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 82XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada “Semak Status” untuk semakan.

*Jika status anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan

Kadar bantuan yang diberikan

Individu yang layak SARA akan mendapatkan sumbangan berjumlah RM1,200 atau RM600.

Kategori PenerimaKadar SumbanganTempoh Pelaksanaan
Penerima STR kategori isi rumah dan
warga emas tiada pasangan berstatus
miskin dan miskin tegar di bawah eKasih atau JKM
RM1200Semenanjung: Bermula 22 Januari 2024 (Isnin)

Sabah, Sarawak & Wilaya Persekutuan: 19 Februari 2024 (Isnin) & 12 Ogos 2024 (Isnin)
Penerima STR kategori bujang berstatus miskin dan miskin tegar di bawah eKasih atau JKMRM600Semenanjung: Bermula 22 Januari 2024 (Isnin)

Sabah, Sarawak & Wilaya Persekutuan: 19 Februari 2024 (Isnin) & 12 Ogos 2024 (Isnin)
Penerima STR kategori isi rumah dan bukan berstatus miskin dan miskin tegar di bawah eKasih atau JKMRM300Tempoh pelaksanaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat
Penerima STR kategori bujang dan warga emas tiada pasangan dan bukan berstatus miskin dan miskin tegar di bawah eKasih atau JKMRM150Tempoh pelaksanaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaa atau masalah berkaitan bantuan ini, anda boleh hubungi mereka di maklumat berikut:

  • Talian Bantuan My Kasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900 – (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • E-mel : info@mykasih.com
  • Laman Bantuan My Kasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *