Buku Teks Kimia Tingkatan 4 KSSM: Isi Kandungan (Digital)

Buku Teks Kimia Tingkatan 4 KSSM ini dikongsikan dalam bentuk digital untuk kegunaan sekolah menengah bagi membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan melampaui bilik darjah serta mengurangkan penggunaan kertas bagi mencetak buku teks bercetak.

Baca juga:

Ringkasan Buku Teks Kimia Tingkatan 4 KSSM

Buku Teks Kimia Tingkatan 4 KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kimia Tingkatan 4 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi menjayakan pelaksanakaan KSSM dan memenuhi keperluan DSKP, buku ini ditulis berasaskan tiga domain, iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui kaedah inkuiri. Terdapat empat tema yang dibincangkan, iaitu kepentingan kimia, asas kimia, interaksi antara jirim dan kimia industri.

Buku ini dilengkapi dengan pelbagai ciri istimewa yang memberi. penekanan terhadap penerapan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, dan pemikiran komputasional (PK) supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21 dan menjadi individu yang fikrah sains.

Isi kandungan

Berikut adalah senarai isi kandungan lengkap dalam Buku Teks Kimia Tingkatan 4 KSSM berserta objektifnya.

Tema ini memperkenalkan murid kepada maksud kimia, kepentingan kimia, kerjaya dalam bidang kimia dan bahan kimia dalam kehidupan harian. Selain itu, aplikasi kemahiran saintifik dan kaedah penyelesaian masalah diperkukuhkan dalam perspektif kimia.

Bab 1: Pengenalan kepada Kimia (1 – 21 m/s)

  1. Apakah maksud kimia?
  2. Apakah contoh kerjaya yang menggunakan pengetahuan kimia?
  3. Apakah cara yang betul untuk menyimpan bahan kimia di dalam makmal?
  • 1.1 Perkembangan Bidang Kimia dan Kepentingan dalam Kehidupan
  • 1.2 Penyiasatan Saintifik dalam Kimia
  • 1.3 Penggunaan Pengurusan dan Pengendalian Radas serta Bahan Kimia

Tema ini bertujuan memperkenalkan kimia dari aspek mikroskopik yang merangkumi zarah-zarah, konsep mol dan formula serta persamaan kimia. Jadual Berkala Unsur dan ikatan kimia dititikberatkan untuk memahami asas kimia.

Bab 2: Jirim dan Struktur Atom (22 – 41 m/s)

  1. Siapakah ahli sains yang membuktikan kewujudan neutron di dalam nukleus?
  2. Berapakah bilangan elektron valens di dalam 126C?
  3. Apakah kegunaan isotop kobalt-60?
  • 2.1 Konsep Asas Jirim
  • 2.2 Perkembangan Model Atom
  • 2.3 Struktur Atom
  • 2.4 Isotop dan Penggunaannya

Bab 3: Konsep Mol, Formula dan Persamaan Kimia (42 – 77 m/s)

  1. Bagaimanakah cara menulis formula sesuatu bahan kimia?
  2. Apakah maklumat yang terkandung dalam persamaan kimia?
  3. Bagaimanakah cara menyukar kuantiti sesuatu bahan kimia?
  • 3.1 Jisim Atom Relatif dan Jisim Molekul Relatif
  • 3.2 Konsep Mol
  • 3.3 Formula Kimia
  • 3.4 Persamaan Kimia

Bab 4: Jadual Berkala Unsur (78 – 107 m/s)

  1. Siapakah yang mencipta Jadual Berkala Unsur?
  2. Bagaimanakah unsur-unsur dikelaskan dalam Jadual Berkala Unsur?
  3. Apakah ciri-ciri istimewa yang ada pada unsur peralihan?
  • 4.1 Perkembangan Jadual Berkala Unsur
  • 4.2 Susunan Unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden
  • 4.3 Unsur dalam Kumpulan 18
  • 4.4 Unsur dalam Kumpulan 1
  • 4.5 Unsur dalam Kumpulan 17
  • 4.6 Unsur dalam Kala 3
  • 4.7 Unsur peralihan

Bab 5: Ikatan Kimia (108 – 133 m/s)

  1. Apakah maksud ikatan kimia?
  2. Mengapakah etanol boleh larut di dalam air?
  3. Bagaimanakah ikatan datif terbentuk?
  • 5.1 Asas Pembentukan Sebatian
  • 5.2 Ikatan Ion
  • 5.3 Ikatan Kovalen
  • 5.4 Ikatan Hidrogen
  • 5.5 Ikatan Datif
  • 5.6 Ikatan Logam
  • 5.7 Sebatian Ion dan Sebatian Kovalen

Tema ini bertujuan memperkenalkan asid, bes, dan garam serta kadar tindak balas.

Bab 6: Asid, Bes dan Garam (134 – 217 m/s)

  1. Apakah hubungan antara nilai pH dengan kepekatan ion hidrogen, H?
  2. Mengapakah semua alkali merupakan bes tetapi bukan semua bes ialah alkali?
  3. Bagaimanakah pembantu makmal menyediakan sesuatu larutan piawai?
  • 6.1 Peranan Air dalam Menunjukkan Keasidan dan Kealkalian
  • 6.2 Nilai pH
  • 6.3 Kekuatan Asid dan Alkali
  • 6.4 Sifat-Sifat Kimia Asid dan Alkali
  • 6.5 Kepekatan Larutan Akueus
  • 6.6 Larutan Piawai
  • 6.7 Peneutralan
  • 6.8 Garam, Hablur, dan Kegunaan dalam Kehidupan Harian
  • 6.9 Penyediaan Garam
  • 6.10 Tindakan Haba ke atas Garam
  • 6.11 Analisis Kualitatif

Bab 7: Kadar Tindak Balas (218 – 251 m/s)

  1. Apakah perbezaan antara kadar tindak balas purata dengan kadar tindak balas pada masa tertentu?
  2. Bagaimanakah suhu mempengaruhi kadar tindak balas?
  3. Mengapakah makanan akan masak dengan lebih cepat dalam ketulan kecil?
  • 7.1 Penentuan Kadar Tindak Balas
  • 7.2 Faktor yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas
  • 7.3 Aplikasi Faktor yang Mempengruhi Kadar Tindak Balas dengan Kehidupan
  • 7.4 Teori Perlanggaran

Tema ini memperkenalkan sifat bahan-bahan yang digunakan secara meluas dalam pembangunan dan perkembangan teknologi masa kini.

Bab 8: Bahan Buatan dalam Industri (252 – 274 m/s)

  1. Mengapakah aluminium tulen tidak digunakan untuk membuat badan kapal terbang?
  2. Apakah dua unsur utama yang terdapat pada semua jenis kaca?
  3. Apakah sifat seramik yang membolehkannya sesuai digunakan dalam pembinaan rumah?
  • 8.1 Aloi dan Kepentingannya
  • 8.2 Komposisi Kaca dan Kegunaannya
  • 8.3 Kompisisi Seramik dan Kegunaannya
  • 8.4 Bahan Komposit dan Kepentingannya

Jadual Berkala Unsur (275 m/s)

Jadual Data Unsur (276 m/s)

Glosari (277 m/s)

Rujukan (279 m/s)

Indeks (280 m/s)

Ciri-ciri istimewa dalam buku

Buku Teks Kimia Tingkatan 4 KSSM
Buku Teks Kimia Tingkatan 4 KSSM
Buku Teks Kimia Tingkatan 4 KSSM

Muat turun buku teks

Buku Teks Kimia Tingkatan 4 KSSM

Anda boleh muat turun sekarang Buku Teks Kimia Tingkatan 4 KSSM dalam bentuk digital atau dapatkan Buku Teks Kimia Tingkatan 4 KSSM ini dalam bentuk fizikal Di Sini.

Skema jawapan

Skema jawapan latihan di dalam Buku Teks Kimia Tingkatan 4 KSSM ini boleh dirujuk melalui file di bawah:

Skema Jawapan Buku Teks Kimia Tingkatan 4 KSSM

Share your love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *